Julie Dahlan sudah tiada

Tags




Kuala Lumpur: Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang .

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.

Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

Sumber

Bahaya keluar duit di stesen minyak terutama bila hari gaji!

Tags




Ku parking Modenas bersebelahan LC135  yg penunggang dan pemboncengnya dgn full face masih dikepala memandang ku. Ahhh lantak hari ini hari gaji aku harus cepat ke mesin ATM. Kutinggalkan isteri yg mahu ke tandas..

Hari gaji hari yg ditunggu tunggu. Beratur di ATM tiba giliran laju mencucuk kad ATM yg sudah tersedia berada ditangan ku. Lantas berdecit mesin ATM ku picit dan berdesup keluar note note Ringgit Malaysia. Ku ambil dan ku simpan wang serta kad ATM tersusun dalam dompet.

Ahhhh.. . isi petrol penuh Modenasku yg kebetulan mesin ATM berada di stesen minyak. Setelah pembayaran di kaunter berdesup petrol masuk ke tangki Modenas dan berdesup juga meter minyak mencanak ke F.

Tanpa berfikir panjang aku hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.

Ku lihat melalui cermin sisi Modenasku, LC135  tadi mengekoriku. Ahhh ni mesti nak merompak duit gaji aku ni berkata dalam hati. Ku pulas minyak semakin laju dan kulihat LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah ku.

Adoiiiii....Modenas nak lawan LC135 gila. Lalu aku cuba menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali.

Ceh secara tiba tiba dah beriringan pulak Modenas ku ini dgn LC135. Dan pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit kearah ku....

"Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!".......

Motor Harley Davidson langgar bongkah kayu, pegawai SPR maut

Tags

Malang sememangnya tidak berbau, itu lah yang boleh di ungkapkan ajal dan maut di tangan tuhan.
Seorang penunggang motosikal berkuasa berkuasa tinggi maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat terlanggar bongkah kayu di Kilometer 342.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, Tapah pagi tadi.
Ketika kejadian 11.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45 maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan dalam perjalanan dari Permatang Pauh menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson dipercayai terjatuh selepas terlanggar bongkah kayu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Alfatihah - MNH, DTR

Seram! Misteri Lebuhraya Berpenunggu Di KM20.6

Tags




Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan. Itu biasa dan ia merupakan salah satu kesimpulan yang dilaporkan. Namun begitu, ada kalanya ia disebabkan oleh faktor gangguan makhluk halus seperti mana yang didengari sebelum ini. Ada yang mendakwa ternampak benda-benda pelik sewaktu menyusuri jalan ini.
km
\Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA DISINI

KFC MOHON MAAF, PEKERJA BERTUDUNG TUNJUK ISYARAT "JARI TONGAH SULEH"

Tags




Susulan video pekerja KFC Taman Putra menunjuk isyarat lu-cah kepada sekumpulan pelajar yang juga pelanggan premis makanan segera itu, KFC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.

BACA LAGI SAMBUNGANNYA DISINI

Luahan sayu anak rindukan ayah yang telah pergi - Al fatihah

Tags


Kehilangan  orang yang kita sayang adalah saat yang sangat sukar dalam hidup namun kehilangan itu pasti akan berlaku dan saat itu juga perlu kita tempuhi walaupun dengan keperitan.

Ini lah yang di rasai oleh adik Sarah kehilangan ayahanda tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi adalah saat yang amat sukar untuk dirinya dan serta keluarga nya.

Ikuti luahan Sarah di laman sosial nya yang menyatakan betapa rindu nya pada arwah ayah nya, semoga Sarah kuat untuk tempuhi semua ini.
Apa yang pasti bukan Sarah sahaja yang bersedih meratapi apa yang berlaku ramai insan-insan diluar sana juga merasai apa yang sarah rasa semoga Sarah dan insan-insan di luar sana kuat dan tabah untuk menerima saat ini. Al- Fatihah - BS 

Shanna Avril tidak mengaku salah dia tidak ingat apa berlaku

Tags




Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan coli nya sebelum mengajak seorang peniaga bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33, Shanna Avril atau Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan colinya sebelum mengajak seorang peniaga bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Tertuduh yang berasal dari Sabah itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Tertuduh yang juga model sambilan memakai jaket hitam dan skirt putih itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling, pada 2.07 petang, Khamis lalu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini sebagai sebutan semula.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan. - HM

Wanita Tunjuk Payudara Rupanya Pernah Muncul Beberapa Program TV tempatan

Tags




KUALA LUMPUR: Teka-teki identiti wanita yang membuat kecoh di Jalan Petaling di sini sehingga menunjukkan payudaranya kepada khalayak akhirnya terjawab apabila dia disahkan sebagai warga tempatan dan bukannya pelancong asing.

Lebih menarik, laporan laman sosial ViralCharmmenyatakan wanita itu dikenali sebagai Shanna Avril juga merupakan salah seorang peserta pertandingan pencarian bakat, Dewi Remaja pada tahun 2005.

Sementara itu, sebuah majalah peragaan, Jurgita pula melaporkan Shanna berketurunan Cina Kadazan dan mempunyai darah campuran India pernah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan ratu cantik serta muncul dalam beberapa program televisyen tempatan.

Terdahulu, sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang wanita bertengkar dengan wanita lain dipercayai peniaga sehingga bertindak menanggalkan colinya menjadi ‘viral’ di laman sosial baru-baru ini.

Beberapa portal media melaporkan wanita berusia 32 tahun itu yang dipercayai individu yang terlibat dalam video tersebut ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan sekitar jam 5.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan dari Sabah dan bukan warga Iran.

sumber

ALHAMDULILLAH - HANEZ SURAYA KINI MULA BERHIJAB

Tags


"Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin," demikian doa Hanez Suraya selepas mula berhijrah memakai tudung. 

"Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Ya Allah, kuatkanlah aku dalam mengharungi hari-hari ku... kuatkanlah aku dalam menghadapi karenah manusia... janganlah kau biarkan titik hitam menular di hatiku... gagahkanlah aku dalam menjalani tugas dan amanah yang dipegang," tambahnya lagi melalui IG. 

Untuk info, Hanez baru-baru ini telah menunaikan umrah bersama suaminya Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Mereka baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah kelmarin. 

Klik gambar untuk size besar
 



"Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. 

"Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. 

 

"Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 

"Biar saya perlahan-perlahan mengikut 'rentak' baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu... nampaklah," ujar Hanez dipetik sebagai berkata. 

 

 

 

 

 



sumber


Lihat Gahnya Majlis Kahwin Anak PM Di Kazakhstan Yang Tidak Di Siarkan Di TV Malaysia

Tags

Berbeza suasananya di Malaysia, majlis persandingan disebelah pengantin lelaki menerima dan meraikan wakil media secara terbuka. 

Gambar2 yang tersebar pun cantik-cantik. Manakala persandingan di Malaysia, gambar2 yang tersebar macam gambar curi. Nak sebar pun cuak-cuak. Macam buat jenayah pula. Padahal majlis perkahwinan tu.

Di Kazakhstan, pasangan pengantin Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayer diraikan selama 2 hari berturut-turut dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang.

Bunga menjadi tema majlis 'sambut menantu' di Kazakhstan juga sepertimana bunga menjadi tema di majlis perkahwinan belah perempuan yang diadakan di KLCC pada bulan lepas.

Nampak gayanya, dorang memang suka bunga. Dan bunga bukan sebarang bunga. Bunga segar lagi tue. 

Berikut gambar2 perkahwinan tersebut ;











27 Langkah Lelaki Hendak Mulakan Zina Terhadap Seorang Wanita

Tags



1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi yang ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg? syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR

20. huh! syg mengndung? tahu kat ne cube check balik dgn doktor xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!

27.(terputus hubungan)

*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..

sumber

Cerita Sebenar Lelaki Tua Diterajang Di Kedai Makan

Tags



Pengguna media sosial awal pagi tadi digemparkan dengan penyebaran sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menerajang seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh.

Video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Rubyshah itu di laman Facebook bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kejadian.

Tampil seorang wanita bernama Norhashimah Saad menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

"27 April 2015, baru balik jumpa dengan Pian dan keluarga dia. Sebenarnya kes ini terjadi sebab pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis-nangis tu, dia kata pakcik tu tampar dia. 

"Yang si Pian pun tanyalah pakcik tu. Pakcik tu angguk mengaku. Itu yang Pian marah sangat tu.

"Pian nangis akui kesilapan dia. Bila dia tengok balik video tu, dia sendiri kata jahatnya dia waktu tu.

"Masa salam tu nampak tak berapa kemas sebab tangan pakcik tu sakit. Dia menyesal sangat-sangat. Kes berlaku pada hari Jumaat dalam pukul 3 petang. 

"Hari Sabtu malam tu, ada orang dah datang pukul dia. Itu yang buat dia lagi takut.

"Insha Allah satu perjumpaan lagi sekali akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk mohon maaf sekali lagi. 

"Dia dah minta maaf dengan pakcik tu. Sekian report saya," katanya menjelaskan hal sebenarnya yang kini telah menjadi kes polis.

Sungguhpun begitu, netizen tetap menganggap tindakan lelaki itu sangat kasar dan biadab kerana sanggup menerajang orang tua yang tidak segagah dirinya.

Apa-apa pun, kes dianggap selesai. - THEHYPEMEDIA


Jom Lihat Rumah Mewah Yang Cukup Awesome

Tags


Feast your eyes on the coolest mansions in LA on sunset plaza drive. That glass swimming pool is far beyond awesomeness